website

KELAS ASAH PISAU ONLINE

"Mengasah pisau memang suatu kemahiran yang agak sukar dikuasai. Ia nampak mudah, tapi bila dibuat, selalu tidak menjadi. Dengan memahami beberapa teori asas dan bimbingan secara live, anda boleh pandai mengasah pisau dalam masa yang singkat!"

DAFTAR KELAS INI SEKARANG!

Pelajari teknik asah pisau yang terbukti berkesan 

  • Harga promo 'early bird' (untuk 100 orang terawal) RM25.00

  • Harga normal: RM50 seorang

  • Tarikh : 29 NOVEMBER 2025 (Sabtu)

  • Masa : 8:00 PM - 10.30 PM

  • Platform : Zoom Online

  • Oleh : Hasnuddin Abu Samah

  • Teori ringkas tapi penting untuk mengasah pisau

  • Sebab kenapa ramai orang tidak berjaya asah pisau

  • Penerangan langkah demi langkah yang sistematik untuk asah pisau

  • Peralatan yang betul dan berkesan untuk asah pisau

  • Teknik berkesan yang digunakan oleh pengasah pisau professional

  • Anda akan faham dan mampu mengasah pisau dengan betul

  • Anda akan dapat mengasah pisau dengan lebih cepat dan sempurna

  • Pisau anda akan tajam lebih lama dan tidak perlu asah selalu

  • Anda tidak lagi akan merosakkan pisau dengan penjagaan dan teknik yang betul

  • Anda akan faham menggunakan beberapa alat yang betul untuk mengasah pisau
  • Apa definisi pisau tajam?

  • Punca pisau lambat tajam atau langsung tidak tajam selepas diasah

  • Alatan dan aksesori untuk mengasah pisau

  • Persediaan penting sebelum mengasah pisau
  • Cara menguji ketajaman pisau
  • Berbagai sudut asahan pisau dan sebabnya
  • Langkah-langkah mengasah pisau dengan betul
  • Cara merasa dan membuang burr
  • Cara menggunakan leather strop
  • Lain-lain cara mengasah pisau
  • Sessi soal jawab

Screenshot dari chat box dalam aplikasi Zoom semasa kelas online sedang dijalankan:

Kelas ini akan disampaikan oleh Hasnuddin Abu Samah, pengasas Tauke Pisau yang berpengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam bidang ini. 


Syarikat beliau adalah pengedar sah berbagai jenama pisau terkenal dari seluruh dunia seperti Wusthof, Giesser, F. Herder, Victorinox, F. Dick, Sakai Takayuki, Victory dan banyak lagi.


Selain dari menjual pisau, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan mengasah dan memperbaiki pisau untuk para professional.


Beliau banyak belajar mengenai pisau dari pengembaraan beliau ke Solingen, Germany dan beberapa kali di Tokyo, Osaka dan Sakai di Jepun.


Kebolehan beliau termasuk menyampaikan latihan teknikal dengan cara yang jelas dan mudah difahami.

Soalan Lazim

Adakah kelas ini sesuai untuk orang yang tiada langsung pengalaman mengasah?

Ya, kelas ini memang akan mengajar cara mengasah pisau bermula dari yang paling asas hingga anda faham dan berjaya mengasah pisau hingga tajam.

Saya tinggal di luar Kuala Lumpur, bagaimana cara untuk ikuti kelas ini?

Kelas ini akan diadakan secara online melalui aplikasi Zoom. Ia boleh disertai sesiapa saja, walau dimana anda berada asalkan anda ada akses
internet.

Apakah alat mengasah yang saya perlu ada untuk ikuti kelas ini?

Sebaiknya, semasa sertai kelas ini, anda perlu ada peralatan mengasah yang asas, supaya boleh terus praktikkan apa yang diajar semasa kelas ini. Senarai peralatan asas akan diberikan setelah anda mendaftar nanti.
Bagaimana jika saya tiada alatan mengasah?
Dengan sertai kelas ini, anda juga boleh faham hanya dengan menonton walau tanpa ada peralatan mengasah dan tanpa buat praktikal. Anda boleh buat praktikal kemudian dengan merujuk rakaman video yang akan kami berikan.

Di mana boleh saya dapatkan alatan untuk mengasah pisau?

Anda boleh beli peralatan mengasah dari Shopee atau anda boleh beli terus dari kami. Untuk peserta kelas ini, kami akan berikan diskaun untuk pembelian peralatan mengasah.

Adakah saya akan dapat nota rujukan?

Ya, semua peserta akan diberikan nota ringkas sebagai rujukan dalam format PDF.
Bolehkah saya bertanya soalan semasa kelas ini?
Ya, memang peserta digalakkan untuk bertanya soalan di sepanjang kelas dan semasa sessi soal jawab.
Jika saya tidak sempat sertai kelas online pada masa yang ditetapkan, adakah saya akan diberikan rakaman kelas tersebut?
Ya, semua peserta akan diberikan rakaman video untuk kelas yang diadakan. Rakaman tersebut akan diberikan dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas kelas berlangsung.
Bagaimana jika saya masih tidak faham selepas ikuti kelas ini?
Anda boleh sentiasa tanya soalan selepas kelas, iaitu di dalam WhatsApp group yang kami sediakan. Anda juga boleh sertai kelas berikutnya secara percuma jika kelas yang sama diadakan kemudian.
  • Daftar dan buat bayaran

  • Anda akan terima e-mel pengesahan bayaran

  • Sertai WhatsApp group untuk info lanjut

  • Muat turun aplikasi Zoom
  • Link ke kelas online akan diberikan 12 jam sebelum kelas

DAFTAR KELAS INI SEKARANG!

Pelajari teknik asah pisau yang terbukti berkesan 

  • Harga promo 'early bird' (untuk 100 orang terawal) RM25.00

  • Harga normal: RM50 seorang

  • Tarikh : 29 NOVEMBER 2025 (Sabtu)

  • Masa : 8:00 PM - 10.30 PM

  • Platform : Zoom Online

  • Oleh : Hasnuddin Abu Samah

AWAS! BANYAK VIDEO KAMI TELAH DIGUNAKAN OLEH SCAMMER UNTUK MENIPU PEMBELI. SCAMMER INI JUGA TELAH MENGGUNAKAN NAMA DAN LOGO KAMI IAITU -TAUKE PISAU / GEAREVO. MEREKA MENAWARKAN PRODUK DENGAN HARGA YANG MURAH SECARA COD. ANDA AKAN TERIMA PRODUK TIRUAN.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan, 

sila WhatsApp team kami:

Special instructions for seller
Add A Coupon
Liquid error (snippets/cart-drawer line 228): product form must be given a product

What are you looking for?


Popular Searches: Butchers  Bullnose  Skinning  Boning  Vict  Herder