PERKHIDMATAN MENGASAH PISAU

Kami menawarkan perkhidmatan mengasah berbagai jenis pisau seperti pisau lapah, pisau sembelih, pisau dapur, parang, kapak dan sebagainya.


Harga khidmat asahan bergantung kepada panjang bilah, keadaan mata pisau, tahap kerosakan bilah dan tahap ketajaman yang diinginkan.


Pisau yang dihantar kepada kami akan siap diasah pada hari ke-3 selepas ia diterima. Bayaran penuh diperlukan sebelum asahan dilakukan. Jika anda perlu asahan disiapkan segera, kami boleh berikan perkhidmatan ekspress dengan sedikit bayaran tambahan (rujuk di bawah). Setiap bilah pisau boleh disiapkan dalam masa 15 minit sahaja untuk perkhidmatan ekspress. Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk pastikan kami bekelapangan untuk perkhidmatan ini.


Harga perkhidmatan asahan bermula dari RM15 sahaja. Maklumat lanjut seperti di bawah:



Jaminan kami:

1) Pisau yang hilang atau rosak akan dibayar gantirugi

2) Jaminan puas hati, atau wang anda dikembalikan semula


Anda boleh hantar pisau kepada kami di alamat berikut:

Gearevo, 26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E,

Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras,

Selangor


Tel: 010-213 6490 / 03-9100 1600


Waktu perniagaan:

Biasa: Isnin – Sabtu. Tutup pada cuti umum (10 pagi – 7 malam)

Sebulan sebelum raya korban: Isnin – Ahad, termasuk cuti umum (10 pagi – 10 malam)

Untuk menghubungi kami melalui WhatsApp sila klik butang di bawah:


PANDUAN UNTUK MENGHANTAR PISAU SECARA POS:

Untuk menghantar pisau kepada kami untuk diasah, sila ikuti langkah berikut:


1) Lihat senarai harga di atas untuk anggaran harga asahan. Jika bersetuju, ikuti langkah seterusnya

2) Hubungi kami melalui WhatsApp 010-213 6490 atau KLIK DI SINI

3) Rakam gambar pisau yang ingin diasah dan hantar gambar tersebut kepada kami

4) Bungkus pisau dengan lapisan kotak tebal dan pastikan mata atau hujung pisau tidak dapat menembusi kotak bungkusan. Pastikan juga pisau dibungkus dengan baik agar tidak rosak dalam perjalanan

5) Pada consignment note atau airway bill:

a. Tulis nombor telefon anda di ruangan remarks

b. Untuk ruangan kandungan parcel (jika ada), tuliskan kandungan parcel ialah KRAFTANGAN. (ini bagi mengelakkan salah faham untuk istilah senjata)

6) Pos pisau anda kepada: (Gearevo, 26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E, Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras, Selangor) Tel: 010-2136490

7) Setelah kami terima pisau anda, kami akan buat penilaian keadaan pisau dan berikan harga sebenar untuk perkhidmatan asahan

8) Anda buat bayaran dan kami akan mulakan asahan

9) Pisau anda akan siap diasah dan dipos semula kepada anda pada hari ke-5 selepas ia diterima


TANGGUNGAN GANTIRUGI PISAU (ATAU ALATAN TAJAM LAIN) YANG HILANG ATAU ROSAK


Apabila pisau hilang atau rosak dalam perjalanan kepada kami, kerugian tersebut akan ditanggung oleh pihak pelanggan. Namun, jika pisau rosak atau hilang dalam perjalanan kepada pelanggan, ia akan ditanggung oleh pihak kami. Kami akan bayar harga semasa untuk nilai pisau tersebut, tetapi jumlah maksima yang akan dibayar oleh pihak kami bagi setiap bilah pisau adalah RM200.00 sahaja.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:

WhatsApp- 010-213 6490 atau KLIK DI SINI

Telefon – 03-9100 1600

E-mail – sales@gearevo.com

Just added to your wishlist:
My Wishlist
You've just added this product to the cart:
Go to cart page
x