
Kami adalah syarikat yang mengkhusus dalam penjualan pisau dan peralatan lengkap untuk tugasan memproses daging ketika Hari Raya Korban. Selain dari menjual secara online, kami juga mempunyai kedai fizikal di Cheras, Kuala Lumpur.
Terdapat lebih daripada 200 variasi produk untuk anda pilih mengikut citarasa anda. Ini termasuk berbagai jenis pisau, pengasah pisau dan aksesori berkaitan.

Antara produk yang kami tawarkan - pisau boning, pisau skinning, pisau potong daging, pisau sembelih, honing rod, sharpening steel, pengasah pisau segera, batu asah, leather strop, edge guard, scabbard, sarung pisau, beg pisau, meat hook, anti-cut glove dan lain-lain
Kami menawarkan lebih daripada 20 jenama produk terkenal yang diimport dan berkualiti profesional.
Antara jenama yang kami tawarkan ialah: F. Herder, Giesser, Victory, F. Dick, Wusthof, Victorinox, Swibo, Icel, Diekensen, Morakniv, Sakai Takayuki, Cambrian, Smith’s, Accusharp, Sharpal, Lansky, King, Buck Knives, Cold Steel dan banyak lagi.

Selain dari penjualan produk, kami juga menawarkan berbagai perkhidmatan yang berkaitan seperti khidmat mengasah pisau, memperbaiki pisau, membuat sarung pisau, laser engraving pada bilah, khidmat rundingcara dan membekal pisau secara borong.

Kami adalah syarikat sendirian berhad milik penuh bumiputera Muslim yang progresif dan telah beroperasi sejak tahun 2015. Pasukan kami yang terlatih dan berpengalaman adalah amat komited dalam menawarkan khidmat dan produk terbaik kepada semua pelanggan kami.
Dengan kepakaran kami, anda akan diberikan khidmat nasihat percuma bagi membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk pembelian anda.

Dengan pembelian daripada kami, anda tidak perlu risau kerana kami adalah pengedar sah untuk semua jenama yang kami tawarkan dengan jaminan bahawa semua produk adalah original.
Produk kami diimpot terus dari kilang tanpa melalui orang tengah, lalu menjadikan harga jualan produk lebih rendah. Semua produk yang dijual disertakan dengan jaminan, dimana anda boleh mendapat pulangan wang atau produk gantian (tertakluk kepada terma dan syarat)

Jenama paling laris di kedai kami adalah jenama F. Herder buatan Jerman yang telah ditubuhkan sejak tahun 1727. Kami adalah sole distributor untuk jenama ini untuk pasaran Malaysia.

Dengan rekabentuk dan teknologi moden, pisau jenama Giesser buatan Jerman ini menawarkan rangkaian pisau butcher dan pisau kulinari dengan harga yang berpatutan

Jenama F. Dick dari Jerman adalah salah satu pisau moden yang terkenal dalam industri daging. Produk berkualiti tinggi dengan berbagai pilihan aksesori.

Jenama Victory menawarkan pisau yang praktikal dan merupakan jenama yang popular dalam industri penternakan di Australia dan New Zealand.
Selain dari pisau-pisau di atas, kami turut menawarkan pisau dari jenama lain seperti Victorinox, Swibo, Diekensen, Wusthof dan sebagainya.

HUBUNGI KAMI:
Telefon khidmat pelanggan: 03-9100 1600
WhatsApp: 0102136490 / 01110045641
E-mel: sales@gearevo.com
Alamat:
Gearevo/Tauke Pisau,
26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E,
Bandar Damai Perdana,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Waktu perniagaan:
10 pagi – 10 malam
(Buka setiap hari termasuk cuti umum)


AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN SCAMMER!
Terdapat ramai scammer yang menggunakan video milik kami dan mengubah suai video menggunakan AI lalu menyamar sebagai Tauke Pisau.
Mereka menjual produk dengan harga yang sangat murah secara COD. Tapi anda akan menerima produk tiruan.


