website

Awasi diri anda dari scammer yang menyamar sebagai Gearevo dan Tauke Pisau



Individu dalam gambar di atas sebenarnya ialah pengasas Gearevo & Tauke Pisau - beliau BUKAN SCAMMER! Tetapi, scammer telah gunakan muka dan video beliau untuk mengiklankan produk tiruan mereka. Scammer juga telah menggunakan logo dan nama Gearevo atau Tauke Pisau untuk mengelirukan pelanggan! 



RINGKASAN KES

Scammer membuat iklan di Facebook / TikTok / YouTube dan menyamar sebagai Gearevo/Tauke Pisau. Mereka juga turut menjual di Shopee menggunakan akaun bernama - TAKIA.MY dan household.88.


Orang ramai akan tertarik dengan harga murah yang ditawarkan dan membuat pembelian secara COD. 


Pembeli tertipu apabila mereka mendapati produk yang diterima adalah produk tiruan dan tidak seperti yang diiklankan.


Pembeli tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana scammer ini tidak dapat dikesan. Mereka guna alamat dan nombor telefon palsu. Bayaran juga dibuat secara COD dan tiada akaun bank untuk dikesan.


CARA MENGENAL SCAMMER

Jangan tertipu! Berikut ini adalah cara untuk mengenal scammer:


  1. Harga terlalu murah - diskaun lebih dari 50% dari harga asal. Ada kalanya diberi pula hadiah percuma!

  2. Penggunaan Bahasa Melayu yang janggal di dalam iklan mereka. Scammer ini disyaki dari luar negara dan menggunakan aplikasi terjemahan tanpa mereka sendiri faham Bahasa Melayu

  3. Iklan dan website dengan rekabentuk yang tidak professional. Rekabentuk dibuat bukan untuk imej professional untuk penjenamaan jangka panjang, sekadar untuk dapat untung dengan cepat. Mereka target pembeli yang suka beli barang murah, tergesa-gesa dan kurang pengetahuan dalam online shopping.

  4. Video mereka menggunakan suara AI (artificial inteligence) dimana mereka telah mengubah skrip asal pada video. Skrip kedengaran janggal dan tidak selari dengan mulut (lipsync tidak tepat)

  5. Video editing mereka tidak teliti. Contohnya: ketika mempromosikan pisau tertentu, ada visual pisau jenis lain dalam video tersebut. Kadangkala ada visual memotong babi sedangkan target utama pisau ini adalah pembeli kaum Melayu beragama Islam.

  6. Bila membeli dari website scammer, jualan dibuat secara COD dimana dengan cara ini, mereka tidak dapat dikesan melalui akaun bank yang sah. Anda juga tidak akan diberikan sebarang bukti pembelian melalui e-mail. Ini bagi mengelakkan anda mengambil tindakan di kemudian hari.

  7. Mereka menggunakan alamat dan nombor telefon palsu. Cuba hubungi nombor telefon yang dipaparkan untuk pengesahan.

  8. Pembelian dibuat di laman web mereka menggunakan domain extension yang jarang digunakan oleh perniagaan sebenar. Contoh domain yang digunakan oleh scammer: www.knifeshop.top, knife1st.shop, gearevolution.store dan sebagainya. Scammer tidak gunakan domain extension .com, .my atau .com.my

JIKA ANDA SUDAH TERBELI DARI SCAMMER INI, JANGAN TERIMA PARCEL YANG DIHANTAR KEPADA ANDA. ANDA BOLEH BATALKAN PEMBELIAN DENGAN TIDAK MEMBAYAR KETIKA COD.



SCAMMER KINI DI SHOPEE!


Selain dari pisau F. Herder tiruan, scammer juga menjual pisau Victorinox tiruan. Jika anda lihat pisau ini dijual dengan harga yang sangat murah, itu sudah pasti pisau tiruan! Jangan sokong sindiket ini - jangan beli produk tiruan!



WEBSITE MILIK SCAMMER

Selain dari menjual di Shopee, scammer ini juga menjual di website mereka sendiri secara COD. Mereka mempunyai banyak website dan sentiasa ada website baru yang dicipta setiap masa. Melalui iklan mereka di Facebook, Tiktok dan Youtube, pelanggan akan dibawa ke website mereka untuk pembelian. Website ini hanya boleh dikunjungi dari link dari iklan mereka. Anda tidak akan dapat masuk ke website mereka dengan menaip URL di search bar. Antara nama website yang digunakan oleh scammer ialah seperti berikut:


  1. www.knifeshop.top
  2. knife1st.shop
  3. gearevolution.store
  4. dwinshop.store
  5. farmtools06.store
  6. smartkedai.site
  7. shopolia.shop
  8. tdgglobalwin.store
  9. kedaijepun.online
  10. fuustore.online
  11. smarthomewin.site
  12. tdgbigfamily.store
  13. pluzzkitchen.store
  14. tdghome.store
  15. kedai.online
  16. gearevo.site
  17. geareva11.store
  18. pisautulenmalaysia.store
  19. tophomee.store


Ada banyak lagi website lain yang belum dapat dikesan dan mereka sentiasa akan ada website baru dari masa ke semasa bagi menyukarkan jenayah mereka dikesan.




Sebelum ini, scammer menipu dengan menghantar pisau tiruan tidak berjenama. Tetapi, kini mereka semakin berani dengan mengeluarkan pisau tiruan untuk jenama F. Herder. Pembeli yang tidak teliti atau tidak berpengetahuan akan lebih mudah tertipu bila tidak dapat membezakan pisau original dengan pisau tiruan. Selain dari jenama F. Herder, scammer ini juga telah membuat pisau tiruan untuk jenama Victorinox.



TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

1) Telah membuat laporan polis di Balai Batu 9 Cheras pada 16 Disember 2024
2) Telah membuat laporan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) 
3) Telah membuat aduan kepada pihak Shopee tentang akaun scammer
4) Telah membuat aduan kepada Facebook, Tiktok dan YouTube mengenai iklan scammer
5) Telah membuat hebahan mengenai scammer ini di berbagai akaun social media kami


TENTANG KAMI

Kami menjalankan perniagaan dengan menggunakan jenama Gearevo dan Tauke Pisau.


Jenama Gearevo adalah jenama utama yang menjual berbagai jenis pisau tetapi memberi fokus kepada pisau lasak. Manakala jenama Tauke Pisau memfokus kepada pisau butcher.


Jenama Gearevo dan Tauke Pisau telah didaftarkan sebagai tanda niaga yang sah dengan INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA (MyIPO)


Kedua-dua jenama ini dimiliki oleh syarikat yang didaftarkan atas nama ADIAT RESOURCES (M) SDN. BHD.


AKAUN BANK KAMI

Sebarang urusan pembayaran secara terus kepada akaun bank kami hanya menggunakan akaun Maybank atas nama ADIAT RESOURCES (M) SDN. BHD. dengan nombor akaun - 5648-5633-1604


PLATFORM JUALAN ONLINE KAMI

Untuk jualan online, kami menjual di 3 platform berikut:


1) Laman web kami - www.gearevo.com

2) Shopee - www.shopee.com.my/gearevo

3) TikTok - www.tiktok.com/@taukepisau


AKAUN SOCIAL MEDIA KAMI


CARA HUBUNGI KAMI

ALAMAT:

GEAREVO/TAUKE PISAU,

26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E,

Bandar Damai Perdana,

Cheras, 43200 Selangor


TELEFON PEJABAT: 03-9100 1600


TELEFON BIMBIT/WHATSAPP: 010-213 6490 / 011-1004 5641 / 012-272 1532


E-MAIL: sales@gearevo.com


Special instructions for seller
Add A Coupon
Liquid error (snippets/cart-drawer line 228): product form must be given a product

What are you looking for?


Popular Searches: Butchers  Bullnose  Skinning  Boning  Vict  Herder  

Be the First to Know

Get all the latest information on Events, Sales and Offers. Sign up for newsletter today!

Product you're interested in: